BERNAMA Radio merupakan stesen radio berita pertama di Malaysia yang dilancarkan secara rasmi pada 3 September 2007 dengan tagline terkini "Untuk Anda".
Selain kandungan berita tempatan, serantau dan antarabangsa, pendengar berpeluang mengikuti perbincangan isu semasa bersama tokoh, pakar dan pemimpin industri menerusi pelbagai program bual bicara yang menarik dan informatif.
Antara program terbitan BERNAMA Radio ialah Jendela Fikir, Skrol Siber, Solusi Sihat, Showbuzz, POV Bersama Kamal Affandi, Fokus Karier, Waspada, Poket Biz, Fokus 30 dan Islah Diri.
BERNAMA Radio boleh didengar melalui frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM100.9 (Kuching) dan FM 107.9 (Kota Kinabalu), selain penstriman langsung menerusi www.bernama.com/radio, saluran MYTV 711, serta aplikasi BERNAMA dan MYTV Mana-Mana.
Bersiaran dalam Bahasa Melayu, BERNAMA Radio dimiliki dan dikendalikan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan beroperasi dari Wisma Bernama, Kuala Lumpur.